Selamat Datang

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Ingatlah bahawa "hidup tanpa ilmu ibarat buah tanpa manisnya "

Semoga blog ini dapat membantu guru dan murid sekelian

Latihan


Latihan Tajuk Perniagaan dan Keusahawanan  Tahun 4


LATIHAN 1            
Pilih jawapan yang sesuai
1.    Apakah definisi perniagaan?
A.   Aktiviti jual beli barang mentah.
B.   Kegiatan mendapatkan keuntungan daripada aktiviti menghantar barang
C.   Kegiatan memasarkan barang kepada pengguna akhir
D.   Aktivti membeli dan menjual barang atau perkhidmatan untuk mendapatkan keuntunngan.

2.    Apakah yang dimaksudkan dengan usahawan?
A.   Orang yang tidak sanggup menghadapi risiko.
B.   Orang yang membeli dan menjual barang barang kepada pembeli.
C.   Orang yang membeli dan mencipta barang untuk mendapatkan royalti.
D.   Orang yang melakukan kegiatan membeli atau menghasilkan barang baru untuk dijual kepada pengguna.

3.    Antara yang berikut yang manakah merupakan cirri usahawan yang baik?
                    I.          Bijak mengenal peluang
                  II.          Inovatif
                 III.          Kreatif
                IV.          Sanggup menghadapi risiko.
A.    I, II, DAN III
B.   I,II,IV
C.   I,III,IV
D.   I,II,III,IV

4.    Apakah yang dilakukan oleh murid apabila membuat pemerhatian?
A.   Memerhatikan barang yang biasa dibeli oleh rakan dan guru setiap hari
B.   Meminta kerjasama rakan dan guru untuk mengisi boring kaji selidik.
C.   Menemu ramah guru dan rakan tentang barang yang disukai mereka
D.   Mengenal pasti pembekal yang sesuai untuk barang yang hendak dijual.

5.    Apakah kajian yang perlu dilakukan sebelum memulakan suatu perniagaan?
A.   Mengenal pasti pasaran
B.   Mengenal pasti jumlah keuntungan
C.   Mengenalpasti cara mendapatkan pinjaman bank
D.   Mengenalpasti cara mendapatkan pesaing.

6.    Apakah yang harus kita lakukan supaya barang yang kita niagakan dapat dijual?
A.   Menghapuskan pesaing lain
B.   Mengenalpasti kumpulan sasaran  pengguna dan kehendak pasaran
C.   Memaksa pelanggan membeli barang yang hendak dijual
D.   Memastikan barang yang dijual dengan harga yang paling rendah tanpa memikirkan keuntungan


7.    Antara berikut yang manakah cara untuk mengumpulkan maklumat tentang barang yang sesuai dijual.
      I.        Pemerhatian
    II.        Temubual
   III.        Menyediakan iklan
  IV.        Soal selidik
A.   I,II,III
B.   I,II,IV
C.   I,III,IV
D.   I,II,III,IV

8.    Barang yang hendak dijual boleh dikelaskan sebagai barang
              I.        Keperluan
            II.        Yang mampu disewa
           III.        Kesukaan
          IV.        Yang mampu dibeli

LATIHAN 2
Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesai.

1.    Bakal pembeli dikenali sebagai ________________________.

2.    Kumpulan sasaran bagi peniaga di kantin sekolah ialah 
a._________________________
b._________________________

3.    Maklumat  boleh diperoleh daripada kumpulan sasaran melalui  :-
a._________________________
b. ________________________
c._________________________

4.    Barang yang hendak dijual boleh dikelaskan kepada barang yang
a.________________________
b.________________________
c.________________________